ELEMEN CERPEN "ANNYSS SOPHILEA" KARYA NISAH HARON
CERPEN ANNYSS SOPHILEA KARYA NISAH HARON
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
sahabat-sahabat pembaca. Entri yang ingin saya tampilkan pada kali ini mengenai
elemen-elemen cerpen yang diperkatakan oleh En. Jais Sahok yang dapat dikaitkan
dengan cerpen hasil nukilan Pn. Nisah Haron iaitu Annyss Sophilea.
Gambar : sumber daripada Google
Karya
cerpen beliau melalui judul “Annyss Sophilea” telah diterbitkan pada tahun 1992. Cerpen yang diterbitkan di Dewan Siswa telah
dikenal pasti isi kandungannya dan telah terpilih untuk teks bacaan Komsas
Tingkatan Empat bermula pada tahun 2001.
Antara sinopsis dalam cerpen ini adalah:
“Annyss
Sophillea telah berusaha mencari saudara kembarnya,Eyrique yang telah hilang.
Dalam pencariannya Annyss telah singgah ke bumi dan telah berkawan dengan
Akmal. Oleh kerana Annyss gagal menemiu Eyrique di bumi,dia kembali semula ke
planetnya, Alstonia untuk meneruskan tugasnya untuk mencari Eyrique yang
sebenarnya telah diculik oleh Strenn kerana Strenn mahu merampas takhta
Mahajara Alstonia yang sepatutnya dimiliki oleh Eyrique selepas kemangkatan
ayahanda dan bonda Eyrique. Pencarian Annyss berakhir selepas dia berjaya
menemui Eyrique di tempat kegemaran dia dan Eyrique bermain semasa kecil dahulu
tetapi malangnya mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn terlebih
dahulu.Pertarungan berlaku di antara Eryque dan Strenn.Akmal yang tidak ingin
melihat rakan barunya itu kecundang,menembak Strenn.Strenn meninggal dan Akmal
pula berada dalam keadaan parah kerana di Alstonia siapa yang membunuh akan
turut mati.Akan tetapi Akmal berjaya diselamatkan dengan bantuan gabungan kuasa
Annyss dan Eyrique”.
Gambar: sumber daripada Google
Seterusnya, terdapat elemen-elemen
cerpen yang dapat dikenal pasti dalam Judul Annyss Sophilea. Perkara-perkara
tersebut dapat dilihat melalui bentuk infografik.
Terima kasih atas kesudian anda semua
meluangkan sedikit masa untuk membaca entri kali ini.
Disediakan oleh Nur Ain binti Mazlan
Comments
Post a Comment