REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE-12
GAMBAR 2: SUMBER DARI GOOGLE |
ASSALAMUALAIKUM DAN
SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini,
saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 12 yang diadakan pada
hari Rabu bersamaan 28 November 2018.
Refleksi pada
minggu ini Dr. Radiah meminta pelajar-pelajar HMT 411 untuk menghadiri seminar
pada waktu kuliah yang betajuk “Shahnon Ahmad Dalam Kenangan: Satu Refleksi
dalam Karya-karya Mutakhirnya”. Seminar ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi
dan berakhir pada pukul 5.30 petang yang bertempat di Dewan Persidangan PPIK,
Universiti Sains Malaysia.
Tujuan
seminar ini diadakan adalah untuk mengenang karya-karya hebat yang ditulis oleh
Allahyarham Shahnon Ahmad. Allahyarham merupakan seorang karyawan yang hebat
dan berdedikasi kerana mampu menghasilkan pelbagai karya yang menarik yang
boleh menjadi pedoman dalam sesebuah kehidupan. Kebanyakan karya-karya yang
dihasilkan oleh Allahyarham berkait rapat antara manusia dan unsur alam semula
jadi.
Selain itu, tujuan
Dr. Radiah meminta saya dan pelajar HMT 411 menghadiri seminar tersebut untuk
melatih kami memahami sejauh manakah pemahaman terhadap konsep kajian
kualitatif yang telah diajar oleh beliau semasa kuliah.
Sekian sahaja
entri pada kali ini. Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa
yang saya kongsi dapat memberi input positif kepada pembaca semua. Terima
kasih.
Disediakan oleh Nur Ain
binti Mazlan.
Comments
Post a Comment