AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KULIAH PERTAMA 12 SEPTEMBER 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kuliah pertama bagi subjek Teori dan Kaedah dalam
Penyelidikan Linguistik (HMT 411) yang
diadakan di Bilik Makmal Bahasa I iaitu pada setiap hari Rabu pada pukul 12.00
tengah hari sehingga 3.00 petang. Aktiviti yang dilakukan oleh tenaga pengajar
bersama pelajar HMT 411 di dalam kelas tersebut adalah aktiviti menjawab soalan
kuiz dalam bentuk aplikasi quizlet live.
Aktiviti ini dilakukan dapat melatih pelajar lebih berdisiplin dan cekap
menggunakan masa dan kefahaman yang baik.
Selain
itu, aktiviti yang dilakukan oleh pelajar adalah membuat rakaman tentang latar
belakang salah seorang rakan kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang
iaitu, seorang rakan akan merakam video kepada orang yang ditemu bual, dan dua
orang lagi akan mencatat setiap perbualan yang dirakam. Dalam aktiviti ini, pengkaji
perlu pandai menjaga emosi kepada subjek, hal ini bermakna supaya tidak
menyinggung perasaan seorang subjek ketika soalan ditanyakan.
Tambahan
lagi, pelajar dapat mempelajari sejarah lisan dan penyelidikan kualitatif dan
penyelidikan kuantitatif. Bagi penyelidikan kuantitatif, pengakaji perlu meminta
kebenaran kepada subjek untuk ditemu bual, dan pengkaji perlu menggunakan adab
sopan semasa menemubual. Pengkaji tidak membenarkan subjek untuk memaksa orang
lain lakukan sesuatu perkara. Manakala, penyelidikan kualitatif, pengakaji
perlu sensitif terhadap setiap yang berlaku di sekeliling kita.
Kesimpulannya,
terdapat banyak manfaat dan maklumat yang dapat dipelajari di kelas ini serta
membantu pelajar memahami cara-cara menganalisa sesuatu penyelidikan linguistik.
Sebagai seorang pengkaji seharusnya peka dengan keadaan sekeliling untuk
mengahasilkan sesuatu penulisan yang bernilai dan bermanfaat kepada semua
lapisan masyarakat.
Comments
Post a Comment