Refleksi Aktiviti Pengajaran-Pembelajaran Kuliah Kedua HMT411
Refleksi Kuliah Kedua 19 September 2018
Kuliah kedua bagi kod kursus HMT 411 telah
dikendalikan oleh Dr. Norsofiah. Pada permulaan kelas tersebut, Dr. meminta
para pelajar pergi ke pautan https://www.menti.com/.
Kami diminta untuk menjawab satu soalan “Kenapa penyelidikan diperlukan?”. Untuk
menjawab soalan ini bukan mudah untuk saya kerana memerlukan sedikit akal
fikiran untuk berfikir. Setelah kami semua menjawab soalan tersebut, barulah
saya sedar tajuk atau topik pembelajaran hari tersebut adalah berkaitan
penyelidikan.
![Image result for mentimeter](https://static.mentimeter.com/static/images/logo_blue.png)
Secara mudahnya, sesuatu penyelidikan berlaku
apabila mencari sesuatu ketidakpastian. Melalui penyelidikan dapat merungkai
segala masalah, bukti dan sebagainya. Jawapan daripada ketidakpastian sesuatu
perkara membuatkan seseorang pengkaji ingin melakukan penyelidikan. Penyelidikan
sebenarnya membuatkan seseorang itu suka berfikir. Hal ini demikian kerana pengkaji
yang melakukan penyelidikan sentiasa bermain dengan lima persolan disetiap
minda mereka iaitu why, who, where, how
dan when. Persoalan-persoalan
tersebut dapat membantu menyelesaikan dan memudahkan penyelidikan mereka.
Setelah Dr. Norsofiah menjelaskan tentang
penyelidikan, penyelidikan sebenarnya mempunyai dua kaedah iaitu, kaedah
kuantitatif dan kaedah kualitatif. Pada mulanya, saya hanya memahami kaedah
kuantitatif hanya melibatkan angka dan kaedah kuantitatif melibatkan huraian
atau sesuatu hujahan. Namun, setelah diberi penerangan oleh Dr. kaedah
kuantitatif melibatkan positivis, eksperimen, data numerikal dan ujian statistik.
Kaedah ini akan memberikan sesuatu maklumat itu benar atau sebaliknya. Kelemahan
kaedah ini hanya memberikan angka sahaja, tetapi tidak dapat menjelaskan dengan
tepat.
Manakala, kaedah kualitatif melibatkan interpretif,
penghuraian dan kajian lapangan. Makna, pembentukan fenomena dan konteks. Dalam
kaedah kualitatif akan memberikan sebab dan mengapa terhadap sesuatu perkara berlaku
dan berbeza. Kedua-dua kaedah ini sangat penting dalam sesebuah penyelidikan. Oleh
hal yang demikian penyelidikan dapat merungkai dan membuktikan masalah yang
timbul.
Setelah penjelasan yang diberikan oleh Dr. mengenai
penyelidikan, kami diberi tugasan untuk mempraktikkan apa yang diajar oleh Dr.
di dalam kelas tersebut. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan
artikel untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing. Dalam tugasan ini,
terdapat tujuh perkara yang harus diselesaikan iaitu penyataan masalah, rumusan
melalui sorotan kajian, kaedah kajian (metodologi), dapatan kajian, kesimpulan,
objektif dan teori yang digunakan. Melalui tugasan tersebut, kami dapat belajar
bagaimana mengenal pasti setiap persoalan yang diberikan dan memudahkan mencari
maklumat dan isi melalui artikel atau petikan. Pengajaran yang diberikan oleh
Dr. Norsofiah kepada kami menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat manfaatkan
pembelajaran ini pada setiap sudut.
![Image result for research](https://www.sismarketresearch.com/wp-content/uploads/2015/11/sis-quantitative-market-research.jpg)
Comments
Post a Comment