REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KETIGA HMT 411


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SAHABAT SEKALIAN

Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu ketiga yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 26 September 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT 411 iaitu Dr. Norsofiah.
Image result for smile wallpaper
Gambar 1: Gambar Smile daripada Google

           Pada permulaan kuliah, Dr. Sofiah bercakap tentang emosi seseorang. Emosi yang dijelaskan oleh beliau lebih kepada emosi “marah”. Apabila seseorang berada dalam keadaan marah harus mempunyai tekniknya sendiri untuk mengawalnya. Seseorang seharusnya mampu marah sekejap dan tidak boleh mengungkit kemarahan tersebut. Hal ini demikian kerana boleh menimbulkan “dendam”. Perkara ini tidak bagus untuk masa depan kita dan kita patut buang perasaan marah kerana perasaan tersebut hanya dapat menjauhkan diri orang lain daripada kita dan kita tidak dapat berinteraksi dengan baik dan rapat.
Gambar 2: Pembentangan Empat Artikel

Selain itu, fokus utama yang diberikan kuliah oleh Dr. Norsofiah ialah tentang “literature review” atau kajian literatur yang perlu ada dalam penulisan dan penyelidikan pengkaji. Dalam kuliah tersebut Dr. telah menerangkan kajian literatur secara mendalam melalui pembacaan empat artikel yang diberikan oleh beliau. Melalui empat artikel tersebut, kami diminta untuk mengenal pasti nama pengarang, tahun, objektif kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, kelebihan dan kekurangan artikel-artikel tersebut. Perkara ini sangat menarik kerana Dr. Norsofiah telah membahagikan kepada kami enam kumpulan untuk menyelidik keempat-empat artirkel tersebut. Kami bekerja dalam kumpulan dan membahagikan tugas masing-masing.Hasil nanti kami perlu membentangkan kriteria tersebut. Kumpulan kami diwakili oleh dua orang rakan kumpulan saya iaitu Anita yang  membentangkan tentang artikel Tarmizi Hasrah tentang variasi Dialek Pahang dan Nor Nabilah yang membentangkan tentang artikel Mohammad Fadzeli Jaafar tentang Morfosintaksis Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Minangkabau. Melalui tugasan tersebut kami dapat mengenal pasti dengan lebih mudah untuk memahami pembacaan keseluruhan artikel.
Gambar 3: Selepas Pembentangan Empat Artikel


Seterusnya, dalam tutorial Dr. menguji kami tentang pendekatan kajian kuantitatif melalui ujian atas talian “online” pada laman web  https://edpuzzle.com. Melalui ujian ini, kami dapat kefahaman lebih jelas dan terang tentang kajian data kuantitatif. Tujuan ujian tersebut dilaksanakan untuk memudahkan saya dan rakan-rakan memahami topik tersebut dengan jelas. Pada pendapat kuiz ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk memahami topik-topik yang diajar oleh pensyarah. Tambahan lagi, kuiz atas talian ini sangat menarik dan menghiburkan suasana dalam tutorial mahupun kuliah.
Sekian sahaja entri pada kali ini. Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.

Disediakan oleh Nur Ain bt Mazlan.


Comments

Popular posts from this blog

ELEMEN CERPEN "ANNYSS SOPHILEA" KARYA NISAH HARON

REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE-13

INFOGRAFIK ARTIKEL "USAH POLITIKKAN SASTERA" OLEH NISAH HARON