REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE-13
![]() |
GAMBAR 1: SUMBER DARI FACEBOOK |
ASSALAMUALAIKUM DAN
SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini,
saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 13 yang diadakan pada
hari Rabu bersamaan 5 Disember 2018.
Refleksi pada
minggu ini Dr. Radiah meminta pelajar-pelajar HMT 411 untuk menghadiri satu persidangan
pada waktu kuliah yang betajuk “Jenayah, terorisme dan komuniti dalam sastera”.
Seminar ini telah diadakan pada pukul 8.45 pagi dan berakhir pada pukul 5.00
petang yang bertempat di Dewan Persidangan PPIK, Universiti Sains
Malaysia.
Dalam persidangan
“Jenayah, terorisme dan komuniti dalam sastera” terdapat beberapa pembentang
yang cukup hebat dalam bidang kesusasteraan yang terdiri daripada pensyarah
seperti Dr. Rahimah A. Hamid, Dr. Halimah Mohamed Ali, Prof. Dr. Md Salleh
Yaapar, dan ramai lagi.
Selain itu,
tujuan Dr. Radiah meminta saya dan pelajar HMT 411 menghadiri seminar tersebut untuk
melatih kami memahami sejauh manakah pemahaman terhadap konsep kajian
kualitatif yang telah diajar oleh beliau semasa kuliah. Tambahan lagi, kami juga
dapat melihat dari etika yang perlu dipatuhi dalam sesebuah penyelidikan atau
kajian serta melihat persembahan pembentangan yang dilakukan oleh setiap
pembentang.
Sekian
sahaja entri pada kali ini. Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya.
Semoga apa yang saya kongsi dapat memberi input positif kepada pembaca semua.
Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain
binti Mazlan.
Comments
Post a Comment