REFLEKSI RANGKA KURSUS HMT 411
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger.
Dalam entri ini, saya telah meneliti mengenai rangka kursus dalam subjek Teori
dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik (HMT 411) yang diberikan kepada dua
pensyarah iaitu Dr. Radiah binti Yusoff dan Dr. Norsofiah binti Abu Bakar. Pada
pendapat saya, saya berpuas hati mengenai rangka kursus yang telah diterangkan
oleh pensyarah. Setiap topik yang akan dikuliahkan oleh pensyarah pada setiap
minggu sangat menarik untuk dipelajari dan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan
pelajar serta membantu pelajar menghasilkan cadangan kajian dan kajian yang
menerapkan teori linguistik tertentu dan, kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Selain
itu, saya berpuas hati dengan penilaian kursus dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu peperiksaan akhir (30%) dan kerja kursus (70%). Hal ini demikian, dapat
membantu pelajar untuk mendapat gred yang cemerlang.
Akhir
sekali, maklumat penting yang terdapat dalam rangka kursus Hmt 411 memainkan
peranan yang penting untuk pelajar supaya lebih peka dan berhati-hati dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Perkara ini melatih pelajar lebih berdisiplin dan
mengambil perhatian setiap sudut .
Comments
Post a Comment