REFLEKSI BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN
REFLEKSI BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN 15 September 2018
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera pembaca blogger! Semoga anda yang sudi dan suka membaca entri pada
blog saya sentiasa dimurahkan rezeki. Bagi entri pada kali ini, saya ingin
menceritakan sedikit apa yang telah saya pelajari di Bengkel Penulisan dan Penyuntingan.
Bengkel ini diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu (15 September 2018)
dan hari Ahad (16 September 2018).
Pada hari pertama bengkel
tersebut, saya telah mempelajari kaedah penulisan secara efisyen dan berkualiti
tinggi. Hal ini demikian kerana kaedah yang diperkenalkan oleh pensyarah saya
iaitu Dr. Norsorfiah binti Abu Bakar sangat membantu saya dan semua orang
termasuk anda yang membaca entri ini dalam penulisan. Perkara ini memudahkan
kita menyiapkan sesuatu kertas kerja dengan cepat, mudah dan sistematik. Kaedah
tersebut dipanggil sebagai Mandeley. Mandeley merupakan sebuah sistem penulisan
iaitu satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh semua pelajar yang
telibat dalam penyelidikan. Tanpa kerja menulis, penghasilan kerja seperti
tesis, artikel dan suntingan akan menjadi sulit.
![]() |
Gambar 1: Aplikasi Mandeley |
Selain itu, dalam bengkel
tersebut, saya mempelajari tentang peka dan pantas dalam melakukan sesuatu
perkara. Tugas atau latihan mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan
dan sempurna. sebarang proses yang tidak memenuhi empat kriteria tadi maka
hasilnya akan menjadi tidak menaik, membazir, lambat dan tidak berguna.
Misalnya, di bengkel tersebut saya kurang peka apa yang diajar oleh pensyarah,
kesannya, saya tidak boleh memahami dan meneruskan tugasan yang diberi oleh
pensyarah. Oleh yang demikian, sesuatu tugas memerlukan pengurusan yang baik
supaya tugas yang dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlmat.
Perkara ini memberi pengajaran kepada saya dan rakan-rakan sekelas supaya lebih peka dan fokus dalam sesuatu perkara.
Perkara ini memberi pengajaran kepada saya dan rakan-rakan sekelas supaya lebih peka dan fokus dalam sesuatu perkara.
Sekian sahaja entri pada kali ini. Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain binti Mazlan.
Comments
Post a Comment