REFLEKSI HMT 411 MINGGU KELIMA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu kelima yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 10 Oktober 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT 411 iaitu Dr. Norsofiah dan Dr. Radiah.
![]() |
Gambar 1: Perbentangan Proposal |
Pada hari kejadian, sebanyak sembilan
kumpulan telah membuat pembentangan. Terdapat pelbagai jenis tajuk telah
dibentangkan pada setiap kumpulan. Setiap kumpulan bebas untuk memilih tajuk
dan mereka perlu menyatakan tajuk, pernyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, kaedah kajian, sorotan kajian dan teori kajian yang akan
digunakan dalam kajian mereka masing-masing nanti. Ahli-ahli kumpulan saya
terdiri daripada Nor Nabilah, Nuramalina dan Nur Amirah dan kami merupakan
kumpulan kelima yang akan membentangkan kertas cadangan (proposal) kami.
Tambahan lagi, setiap kertas cadangan
yang kami bentangkan akan dinilaikan oleh Dr. Norsofiah dan Dr. Radiah. Segala teguran
dan komen daripada kedua-dua pensyarah sangat membantu kami untuk memhami lebih
mendalam mengenai proposal yang kami akan lakukan. Saya mengaku bahawa kami tidak mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam membuat sesuatu kajian dan disebabkan itulah pembentangan
proposal kami tidak memuaskan. Setiap tajuk proposal yang kami bentang terlalu
luas skopnya, hal ini demikian kedua-dua pensayarah kami meminta kami untuk
membaiki tajuk proposal kami dengan mengecilkan skop tajuk kajian kami. Semasa
Dr. Radiah dan Dr. Norsofiah membuat penilaian mengenai tajuk proposal yang kami
bentangkan, mereka lebih menjelaskan isu kaedah kajian yang akan kami kami
kemudian. Kaedah kajian memainkan peranan penting untuk mendapatkan dan
mengumpul data-data kajian kami.
Setelah membuat perbincangan dengan Dr.
Norsofiah dan ahli-ahli kumpulan yang lain, kami bersepakat untuk menukar tajuk
kajian kami iaitu “Masalah Komunikasi Lisan Pelajar China yang Belajar Bahasa
Melayu di USM”.
Gambar 2: Sumber daripada Google |
Seterusnya, pada waktu tutorial, kami
telah melakukan latihan statistik dengan menggunakan aplikasi SPSS. Dr. Norsofiah
telah mengajar kami untuk memasukkan data dalam aplikasi SPSS dan seterusnya
kami boleh mengira statistik melalui aplikasi tersebut. Pada pendapat saya,
pengetahuan mengenai aplikasi SPSS ini amat berguna kepada saya terutama ketika
saya sudah bekerja nanti. Pada penghujung tutorial tersebut, Dr. Norsofiah
telah meminta semua pelajar untuk menyimpan hasil data-data yang mereka telah
isi di dalam SPSS dan mengemelkan data-data tersebut kepada diri sendiri untuk
kegunaan dan latihan dalam kuliah pada minggu hadapan.
Gambar 3: Sumber daripada Google (Aplikasi SPSS) |
Sekian sahaja entri pada kali ini.
Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat
memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain binti Mazlan.
Comments
Post a Comment