REFLEKSI KULIAH HMT 411 MINGGU KE-4
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini, saya akan
mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu keempat yang diadakan
pada hari Rabu bersamaan 3 September 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT
411 iaitu Dr. Norsofiah.
Kuliah
HMT 411 pada minggu keempat telah membincangkan tentang penggunaan data statistik
deskriptif. Statistik deskriptif merupakan kaedah kajian yang menghuraikan
ciri-ciri pemboleh ubah seperti demografi, responden dan sebagainya. Selain itu,
statistik deskriptif menggunakan istilah min, mod, median, taburan normal dan
sisihan piawaian dalam sesuatu kajian yang ingin dikaji.
![]() |
Gambar 1: Caontoh Data Statistik Deskriptif dari Google |
Kebiasaannya,
dalam bab analisis data bagi faktor demografi seperti jantina, umur dan pendidikan kita sering menggunakan peratusan
dan frekuensi. Sebagai contohnya peratusan dan jumlah responden lelaki dan
perempuan. Bagi pemboleh ubah seperti umur, kita juga boleh mengenal pasti min
iaitu purata umur responden contohnya.
Kemudian, Dr Norsofiah menjelaskan mengenai
data nominal,data ordinal,skala selang dan skala nisbah. Data nominal ialah
mengkategori tanpa menyusun kategori tersebut dan kategori tersebut tiada nilai.
Data ordinal pula, mengkategori dan menyusun kategori mengikut urutan tertentu seperti
“setuju, sangat setuju, tidak setuju,
sangat tidak setuju”. Skala selang ialah mengkategori, menyusun kategori dan
membina unit yang sama dan data ini biasa digunakan oleh ahli-ahli sains. Akhir
sekali, skala nisbah yang mengkategori, menyusun kategori mengandungi nilai
sifar sebenar.
Pada
penghujung kuliah tersebut, Dr. Norsofiah menguji kami melalui kuiz menggunakan
aplikasi “kahoot” untuk mendapat
kefahaman lebih jelas dan terang tentang statistik desktiptif. Tujuan ujian
tersebut dilaksanakan untuk memudahkan saya dan rakan-rakan memahami topik
tersebut dengan jelas. Pada pendapat saya, kuiz ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk memahami
topik-topik yang diajar oleh pensyarah. Tambahan lagi, kuiz ini membuatkan
seseorang melakukan sesuatu perkara atau betindak dengan cepat, pantas dan
tepat tanpa ada sebarang kesalahan.
![]() |
Gambar 2: Sumber daripada Google |
Sekian sahaja entri pada kali ini.
Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat
memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.
Comments
Post a Comment