REFLEKSI KULIAH HMT 411 MINGGU KE- 6
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini, saya akan
mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu keenam yang diadakan
pada hari Rabu bersamaan 17 Oktober 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT
411 iaitu Dr. Norsofiah.
Dalam kuliah pada minggu ini melibatkan
pembetulan kajian proposal pada minggu lepas. Dr. Norsofiah memeriksa proposal
baru bagi setiap kumpulan. Kemudian, saya dan rakan-rakan yang lain diminta
untuk membuat borang maklumat diri subjek kajian dan surat keizinan serta
persetujuan subjek kajian.
![]() |
Gambar 1: Sumber daripada Google (Etika dalam membuat sesuatu kajian) |
Selain itu, Dr. Norsofiah telah
menerangkan tentang adab atau etika yang perlu dilakukan oleh kami untuk membuat
kajian kelak. Adab atau etika tersebut membawa maksud kami perlu menyediakan
borang maklumat latar belakang dan borang kebenaran subjek sebelum mendapatkan
sesuatu data. Sebenarnya banyak prosedur yang perlu dilakukan dan
diambil perhatian secara serius dan yang paling penting adalah tentang
etika. Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan,
kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis
konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan)
yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Seterusnya, etika juga adalah teori
tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Tambahan
lagi, etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku
yang sebetulnya.
Gambar 2: Sumber daripada Google (Etika) |
Di samping itu, Dr. Norsofiah menayangkan sebuah filem pendek, tujuannya adalah beliau meminta kepada kami untuk melihat dan memerhatikan filem tersebut serta mencatat dan analisiskan apa yang diperhatikan dalam filem tersebut. Pada pendapat saya, objektif utama aktiviti ini dilakukan untuk memahami definisi pemerhati dalam sesuatu kajian. Pemerhati atau “observation” mempunyai dua bahagian iaitu pemerhati penuh dan pemerhati.
Gambar 3: Sumber daripada Google |
Pada akhir kuliah tersebut, Dr.
Norsofiah menerangkan kepada kami semua tentang hipotesis. Hipotesis adalah
sesuatu pernyataan yang melibatkan pemboleh ubah dalam kajian. Hipotesis
terbahagi kepada dua iaitu:
i.
Hipotesis Nul (Ho): Menyatakan bahawa “tiada perkaitan” atau “tiada
perbezaan” antara jantina dan umur.
ii.
Hipotesis alternatif: Menyatakan kecenderungan untuk mendapatkan hasil
kajian dengan membina pula hipotesis kajian.
Namun,
saya masih kurang memahami pengertian hipotesis dengan lebih mendalam. Saya belum
sempat untuk bertanya kepada beliau mengenai hipotesis sesuatu kajian. Apa yang
saya faham, hipotesis ini sangat penting untuk kajian kuantitatif terutamanya
dalam menggunakan aplikasi SPSS.
Akhir
sekali, dalam tutorial, kami diberi data tentang skor sesuatu imbuhan
sifar, kata nama, kata kerja dan skor awalan meN-. Kami diminta menghuraikan
Ujian t melalui data tersebut yang dimasukkan dalam SPSS. Laporan tentang Ujian
t dihantar melalui emel kepada Dr. Norsofiah. Jujur, saya perlukan latihan yang
lebih empirikal tentang SPSS kerana saya masih kurang mahir menggunakan
aplikasi tersebut. Saya yakin dan percaya, dengan bantuan pensyarah dan
rakan-rakan yang lain dapat membantu saya untuk memahami dan cekap untuk
menganalisis data dalam SPSS.
Sekian sahaja entri pada kali ini.
Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat
memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain binti Mazlan.
Comments
Post a Comment