REFLEKSI MINGGU KE-7
ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini, saya akan
mengimbas kembali pembelajaran pada minggu ketujuh yang diadakan pada hari Rabu
bersamaan 24 September 2018 HMT 411 iaitu Dr. Norsofiah.
Pada
minggu ketujuh tiada kuliah HMT 411. Jadi, refleksi pada minggu tersebut hanya
melakukan tugasan awal yang telah diberikan oleh Dr. Norsofiah. Pada minggu
tersebut saya bersama ahli kumpulan lain telah menggunakan aplikasi
screencasting-tools seperti screen cast-o-matic atau camtasia studio untuk
menerangkan ujian ANOVA.
Pada
awalnya, saya masih bingung dengan ujian ANOVA dan aplikasi screen cast-o-matic. Saya bersama ahli
kumpulan lain cuba mencari maklumat tersebut melalui google. Apa yang saya faham tentang ujian ANOVA adalah singkatan daripada
Analysis of Variences Test iaitu
mengenal pasti perbezaan sekumpulan data selang atau nisbah merentasi data
nominal atau ordinal. Kelebihan ANOVA antara dua atau lebih kumpulan serentak. Selain
itu, kelebihan ANOVA adalah membandingkan sampel kajian dalam sekali.
Kemudian,
kami menggunakan aplikasi SPSS untuk memasukkan data bagi menjelaskan lebih
terang tentang ujian ANOVA. Melalui penerangan screen cast-o-matic, kami mengfokuskan kepada empat bahagian iaitu:
- Definisi ujian ANOVA.
- Hipotesis kajian.
- Syarat ujian ANOVA.
- Cara ujian ANOVA dilaksanakan.
Saya akan paparkan link youtube mengenai ujian ANOVA
yang telah kami laksanakan.
https://youtu.be/M2TB3B6DeA4.
Sekian sahaja entri pada kali ini.
Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat
memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain bt Mazlan.
Comments
Post a Comment