REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE 11
Gambar 1: Sumber dari google |
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini, saya akan
mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu ke 11 yang diadakan
pada hari Rabu bersamaan 21 November 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT
411 iaitu Dr. Radiah.
Dalam kuliah minggu ini, saya
mempelajari tentang etika penulisan kajian kualitatif. Berdasarkan topik tersebut,
pensyarah meminta kami semua untuk mencari dua buah buku tentang etika
penulisan kajian kualitatif dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kami
dibahagikan beberapa kumpulan untuk menyiapkan tugasan untuk menjelaskan makna
etika penulisan dan etika penyelidikan.
Berdasarkan buku yang dipinjam di perpustakaan,
kami memilih buku yang bertajuk “Penyelidikan berasaskan sekolah” dalam bahasa
Melayu dan “Qualitative research in
practice stories from the field” dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, dalam kuliah tersebut, kami
ditanyakan dengan soalan yang berkaitan dengan suhu iaitu “Apakah perkaitan
suhu dalam penyelidikan”. Setiap daripada kami akan memberikan jawapan di ruang
komen “group facebook”. Namun, setiap satu jawapan yang diberikan tidak dapat
memuaskan hati Dr. Radiah. Antara jawapan yang diberikan adalah suhu yang
berbeza memberi cabaran kepada penyelidik untuk menyelidik. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Dr. Radiah adalah
bersifat fleksibel, iaitu tidak mempunyai makna secara hitam putih kerana
perkara penting dalam hal ini adalah justifikasi. Pengkaji yang perlu menentukan
hal tersebut secara menyeluruh dan lengkap atau sebaliknya.
Sekian sahaja entri pada kali ini.
Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat
memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain binti Mazlan.
Comments
Post a Comment