REFLEKSI KULIAH HMT 411 MINGGU 15/MINGGU TERAKHIR
ASSALAMUALAIKUM DAN
SALAM SEJAHTERA!
Dalam entri kali ini,
saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 15 yang diadakan pada
hari Rabu bersamaan 19 Disember 2018.
Minggu 15
merupakan minggu terakhir bagi pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains
Malayia. Pada minggu tersebut merupakan minggu yang paling hectic untuk menyiapkan
tugasan sungguh mencabar mental dan fizikal semua pelajar HMT411. Dalam kuliah
yang terakhir, semua ahli kumpulan sibuk menyiapkan untuk membaiki dan
menambahbaik tugasan kajian masing-masing.
Dr. Odi dan
Dr. Norsofiah banyak membantu saya dan kumpulan yang lain untuk menyiapkan
artikel kajian kami. Semasa menyiapkan artikel ini,terdapat banyak pembetulan
yang kami perlu baiki, hal ini demikian membuatkan saya berasa putus semangat
untuk terus menyiapkan artikel ini. Namun begitu, kata-kata semangat dari
pensyarah dan rakan-rakan membuatkan hati saya berfikiran positif dan terus
mara ke hadapan.
![]() |
Gambar 1: Artikel untuk dihantar kepada pensyarah |
Semasa hari
perbentangan berlansung pada hari Jumaat bersamaan 21 Disember 2018, kami
berasa sangat berdebar dan gelisah seandainya apa yang diberbentangkan kemudian
masih banyak kesalahan. Alhamdulilah, selepas perbentangan selesai, pensyarah berpuas hati hasil perbentangan kami serta
memberi komen-komen yang positif. Kami berasa seronok dan bersyukur setelah apa
yang lalui selama ini dapat membuahkan hasil yang positif dan indah.
![]() |
Gambar 2: Muka happy selepas presentation |
Sekian
sahaja entri pada kali ini. Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya.
Semoga apa yang saya kongsi dapat memberi input positif kepada pembaca semua.
Terima kasih.
Disediakan oleh Nur Ain
binti Mazlan.
Comments
Post a Comment