REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KETIGA HMT 411
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SAHABAT SEKALIAN Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu ketiga yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 26 September 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT 411 iaitu Dr. Norsofiah. Gambar 1: Gambar Smile daripada Google Pada permulaan kuliah, Dr. Sofiah bercakap tentang emosi seseorang. Emosi yang dijelaskan oleh beliau lebih kepada emosi “marah”. Apabila seseorang berada dalam keadaan marah harus mempunyai tekniknya sendiri untuk mengawalnya. Seseorang seharusnya mampu marah sekejap dan tidak boleh mengungkit kemarahan tersebut. Hal ini demikian kerana boleh menimbulkan “dendam”. Perkara ini tidak bagus untuk masa depan kita dan kita patut buang perasaan marah kerana perasaan tersebut hanya dapat menjauhkan diri orang lain daripada kita dan kita tidak dapat berinteraksi dengan baik dan rapat. Gambar 2: Pembentangan Empat Artikel Selain i...