REFLEKSI BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYG_87K1FUoMaPogKN4tsqOGE7WVKGcSwdZykF1yGRTMRBevDxLdjAv0KACSQ0WUaFIWiKrCgLwRUXMwYn60OL2DaASZ9ZJlL_36OCCNZARmC9RZGwkVkFLHPf91IaKNhG-ccgk0ZJC2cT/s400/nn.png)
REFLEKSI BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN 15 September 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blogger! Semoga anda yang sudi dan suka membaca entri pada blog saya sentiasa dimurahkan rezeki. Bagi entri pada kali ini, saya ingin menceritakan sedikit apa yang telah saya pelajari di Bengkel Penulisan dan Penyuntingan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu (15 September 2018) dan hari Ahad (16 September 2018). Pada hari pertama bengkel tersebut, saya telah mempelajari kaedah penulisan secara efisyen dan berkualiti tinggi. Hal ini demikian kerana kaedah yang diperkenalkan oleh pensyarah saya iaitu Dr. Norsorfiah binti Abu Bakar sangat membantu saya dan semua orang termasuk anda yang membaca entri ini dalam penulisan. Perkara ini memudahkan kita menyiapkan sesuatu kertas kerja dengan cepat, mudah dan sistematik. Kaedah tersebut dipanggil sebagai Mandeley. Mandeley merupakan sebuah sistem penulisan iaitu satu kemahiran yang penting yang perlu d...