PENGALAMAN BERADA DI KELAS HMT 411 SIDANG I 2018/2019
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJvPYds-zJv_0t3hJ7SJ9eRZ2sdUbwphFcTzuGGFMK-KZB67FS-_YXnLl9aVrHrUKYZRir4jTw0nG12V7MR7Ho8Kor4TT5yY1abtr2ehmndseckbAyLd7ZPyVxf3d1Ypms21sXRC018yuk/s320/photo_2018-12-29_08-16-23.jpg)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Entri kali saya akan menceritakan tentang pengalaman bersama kelas HMT 411. Ungkapan ini memang benar “Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan”. Selama 15 minggu saya dan rakan-rakan bersama-sama melalui pengalaman pahit dan manis dalam kelas HMT 411. Setiap apa yang berlaku sama ada pahit atau manis akan dikenang jua dikemudian hari. Coretan ini akan dikenang selepas bertahun atau berbelasan tahun kemudian. Sudah semestinya memori ini akan dikenang sampai bila-bila kecuali hilang ingatan. Gurau je. Antara pengalaman semasa di kelas HMT 411, buat kali pertamanya saya sudah pandai berjinak membuat penulisan di dalam blog seperti yang sedang lakukan saat ini. Hal ini demikian membantu saya meningkatkan kefasihan dalam mengarang sesuatu penulisan dan menajamkan minda saya kerana setiap kali menulis saya akan cuba ...