Posts

PENGALAMAN BERADA DI KELAS HMT 411 SIDANG I 2018/2019

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Entri kali saya akan menceritakan tentang pengalaman bersama kelas HMT 411. Ungkapan ini memang benar “Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan”. Selama 15 minggu saya dan rakan-rakan bersama-sama melalui pengalaman pahit dan manis dalam kelas HMT 411. Setiap apa yang berlaku sama ada pahit atau manis akan dikenang jua dikemudian hari. Coretan ini akan dikenang selepas bertahun atau berbelasan tahun kemudian. Sudah semestinya memori ini akan dikenang sampai bila-bila kecuali hilang ingatan. Gurau je.                 Antara pengalaman semasa di kelas HMT 411, buat kali pertamanya saya sudah pandai berjinak membuat penulisan di dalam blog seperti yang sedang lakukan saat ini. Hal ini demikian membantu saya meningkatkan kefasihan dalam mengarang sesuatu penulisan dan menajamkan minda saya kerana setiap kali menulis saya akan cuba mengingati apa yang yang telah berlaku. Walaupun penulisan saya tidak seba

REFLEKSI KULIAH HMT 411 MINGGU 15/MINGGU TERAKHIR

Image
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 15 yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 19 Disember 2018. Minggu 15 merupakan minggu terakhir bagi pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains Malayia. Pada minggu tersebut merupakan minggu yang paling hectic   untuk menyiapkan tugasan sungguh mencabar mental dan fizikal semua pelajar HMT411. Dalam kuliah yang terakhir, semua ahli kumpulan sibuk menyiapkan untuk membaiki dan menambahbaik tugasan kajian masing-masing. Dr. Odi dan Dr. Norsofiah banyak membantu saya dan kumpulan yang lain untuk menyiapkan artikel kajian kami. Semasa menyiapkan artikel ini,terdapat banyak pembetulan yang kami perlu baiki, hal ini demikian membuatkan saya berasa putus semangat untuk terus menyiapkan artikel ini. Namun begitu, kata-kata semangat dari pensyarah dan rakan-rakan membuatkan hati saya berfikiran positif dan terus mara ke hadapan. Gambar 1: Artikel untuk dihantar

REFLEKSI HMT 411 MINGGU 14

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 14 yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 12 Disember 2018. Dr. Radiah membawa pelajar pascasiswazah iaitu seramai 3 orang iaitu saudari Farhana, Athirah, dan Yasmin yang mengambil subjek HMT 508 dalam program Ijazah Sarjana. Refleksi minggu ini Dr. Radiah mengajar cara mengelompokkan data yang ditunjukkan oleh melalui kaedah praktikal di dalam kelas. Tujuan pembelajaran ini dilakukan adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagaimana ingin mengelompokan data-data yang diperolehi. Hal ini boleh dilihat dalam video di bawah: Sekian sahaja entri pada kali ini. Berjumpa semula untuk entri yang selanjutnya. Semoga apa yang saya kongsi dapat memberi input positif kepada pembaca semua. Terima kasih. Disediakan oleh Nur Ain binti Mazlan.

REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE-13

Image
GAMBAR 1: SUMBER DARI FACEBOOK ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 13 yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 5 Disember 2018. Refleksi pada minggu ini Dr. Radiah meminta pelajar-pelajar HMT 411 untuk menghadiri satu persidangan pada waktu kuliah yang betajuk “Jenayah, terorisme dan komuniti dalam sastera”. Seminar ini telah diadakan pada pukul 8.45 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang yang bertempat di Dewan Persidangan PPIK, Universiti Sains Malaysia. Dalam persidangan “Jenayah, terorisme dan komuniti dalam sastera” terdapat beberapa pembentang yang cukup hebat dalam bidang kesusasteraan yang terdiri daripada pensyarah seperti Dr. Rahimah A. Hamid, Dr. Halimah Mohamed Ali, Prof. Dr. Md Salleh Yaapar, dan ramai lagi. Selain itu, tujuan Dr. Radiah meminta saya dan pelajar HMT 411 menghadiri seminar tersebut untuk melatih kami memahami sejauh manakah pemahaman terhadap konsep kajian ku

REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE-12

Image
GAMBAR 2: SUMBER DARI GOOGLE ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah HMT 411 pada minggu ke 12 yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 28 November 2018. Refleksi pada minggu ini Dr. Radiah meminta pelajar-pelajar HMT 411 untuk menghadiri seminar pada waktu kuliah yang betajuk “Shahnon Ahmad Dalam Kenangan: Satu Refleksi dalam Karya-karya Mutakhirnya”. Seminar ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang yang bertempat di Dewan Persidangan PPIK, Universiti Sains Malaysia.  Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mengenang karya-karya hebat yang ditulis oleh Allahyarham Shahnon Ahmad. Allahyarham merupakan seorang karyawan yang hebat dan berdedikasi kerana mampu menghasilkan pelbagai karya yang menarik yang boleh menjadi pedoman dalam sesebuah kehidupan. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan oleh Allahyarham berkait rapat antara manusia dan unsur alam semula jadi.  Selain itu, tuju

REFLEKSI HMT 411 MINGGU KE 11

Image
Gambar 1: Sumber dari google ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA! Dalam entri kali ini, saya akan mengimbas kembali kuliah dan tutorial HMT 411 pada minggu ke 11 yang diadakan pada hari Rabu bersamaan 21 November 2018 yang dikendalikan oleh pensyarah HMT 411 iaitu Dr. Radiah. Dalam kuliah minggu ini, saya mempelajari tentang etika penulisan kajian kualitatif. Berdasarkan topik tersebut, pensyarah meminta kami semua untuk mencari dua buah buku tentang etika penulisan kajian kualitatif dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kami dibahagikan beberapa kumpulan untuk menyiapkan tugasan untuk menjelaskan makna etika penulisan dan etika penyelidikan. Berdasarkan buku yang dipinjam di perpustakaan, kami memilih buku yang bertajuk “Penyelidikan berasaskan sekolah” ­dalam bahasa Melayu dan “ Qualitative research in practice stories from the field” dalam bahasa Inggeris. Selain itu, dalam kuliah tersebut, kami ditanyakan dengan soalan yang berkaitan dengan suhu iaitu “Apaka

REFLEKSI BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN

Image
REFLEKSI BENGKEL PENULISAN DAN PENYUNTINGAN  15 September 2018 Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blogger! Semoga anda yang sudi dan suka membaca entri pada blog saya sentiasa dimurahkan rezeki. Bagi entri pada kali ini, saya ingin menceritakan sedikit apa yang telah saya pelajari di Bengkel Penulisan dan Penyuntingan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu (15 September 2018) dan hari Ahad (16 September 2018). Pada hari pertama bengkel tersebut, saya telah mempelajari kaedah penulisan secara efisyen dan berkualiti tinggi. Hal ini demikian kerana kaedah yang diperkenalkan oleh pensyarah saya iaitu Dr. Norsorfiah binti Abu Bakar sangat membantu saya dan semua orang termasuk anda yang membaca entri ini dalam penulisan. Perkara ini memudahkan kita menyiapkan sesuatu kertas kerja dengan cepat, mudah dan sistematik. Kaedah tersebut dipanggil sebagai Mandeley. Mandeley merupakan sebuah sistem penulisan iaitu satu kemahiran yang penting yang perlu dikua